Menjadi umat Rasulullah SAW merupakan anugerah yang tidak ternilai kepada kita semua sebagai umat akhir zaman yang memeluk agama Islam yang suci ini. Betapa kita ingin menatap wajah Rasulullah SAW namun siapalah kita, hamba-Nya yang penuh dosa dan noda. Di bawah ini saya senaraikan Sepuluh 10 Sahabat Rasulullah yang telah disebut dan dijamin masuk Syurga berdasarkan Hadis-Hadis Rasulullah SAW yang ada. Semoga kita semua dapat mencontohi akhlak yang ditunjukkan oleh mereka sehingga mereka memperolehi anugerah yang tidak ternilai ini.
Dibawah merupakan nama sahabat nabi Muhammad SAW yang telah dijamin Syurga :
1) Abu Bakar Al-Siddiq RA.
2) Umar bin Al-Khattab
3) Usman bin Affan
4) Ali bin Abi Talib
5) Thalhah bin Abdullah
6) Zubair bin Awwam
7) Sa’ad bin Abi Waqas
8) Sa’id bin Zaid
9) Abdurrahman bin ‘Auf
10)Abu Ubaidillah bin Jarrah
p/s: Walaupun kita tidak dapat menjadi sahabat nabi, namun kita perlu bersyukur dengan nikmat yang diberikan dan berdoa supaya kita akan dilepaskan oleh Allah daripada azab api neraka yang sangat pedih. Begitu banyak kisah sahabat nabi yang kita perlu teladani dan ikuti kerana akhlak yang mereka ada itu sudah tentu telah diajar oleh Baginda Rasulullah SAW.
{ 0 comments }
